//Forever Imperfect
di saat aku mencintaimu

Wednesday, June 15 @ 10:31 | 0 Comment [s]

Sudah seminggu kak Melisa dan abang iparku Ejaz meninggalkan kami semua pergi mengadap Maha Esa. Mereka berdua terlibat dengan  kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Mujurlah si kecil Muhammad Adam terselamat kerana ketika itu dia dibawah pengawasan jagaan pengasuh.
Kini sudah seminggu juga Adam bawah jagaan aku pula. Sudah menjadi tanggungjawab aku untuk memikul semuanya. Sememangnya Muhammad Adam tanggungjawabku kerana dia adalah anakku..darah dagingku… Rahsia disimpan lama mana sekali pun ia akan tetap diketahui juga, kecuali aku tidak membuka rahsia ini. Ayah dan ibu juga sudah tiada di dunia ini…. jadi tak perlulah aku memceritakan kepada sesiapa lagi. Biarlah ia menjadi rahsia.
Aku meraup mukaku lama. Kesal dengan perbuatanku dahulu. Yang hidup dengan penuh kisah hitam yang penuh noda. Arh..aku tidak perlu ingati semua itu lagi…akan aku buang ia terus jauh dari lubuk hati ku ini. Sudah lama ia berlalu tetapi ia tetap hadir. Bukan masalah hubungan aku dengan Adib lelaki tak guna itu yang aku fikirkan tetapi kesannya kepada aku. Siapa yang mahu terima aku lagi…maruah ku sudah ternoda digenggaman lelaki yang aku cintai. Namun kata-kata manis itu hanya dibibir….mungkin inilah hukuman kepada aku…aku lupa kepada Tuhan…aku lupa kepada keluargaku….aku lupa batas aku seorang wanita….semuanya sudah hancur…
“Kak….tolong Eny kak…”
“Masa kau buat semua tu kau tak fikir. Sekarang dah mengandung baru kau nak cari aku…”
marah kak Melisa kepada ku. Memang aku patut dimarahi. Memang aku patut dihukum.
“Laki tak guna mana yang dah rosakkan kau? Adib adik kak Lia?”kak Melisa cuba teka. Tekaannya memang tepat. Dia lah lelaki itu….anak dalam kandungan ini memang anak dia. Hanya dia yang pernah menyentuh aku…
Aku anggukkan kepala.
“Ya Allah!!! Kan akak dah cakap jauhkan diri dari Adib. Kakak dia sendiri bagitahu akak..adik dia bukannya baik sangat. Kenapa kau tak dengar cakap Eny … Sekarang dah jadi macam ni, mana ibu dengan ayah nak letak muka… perut tu nanti makin membesar. Takkan kau nak biar semua orang tahu yang kau tak kahwin lagi tapi dah mengandung. Malu keluarga kita yaa…”
“Yaa tak tahu kak…Adib dah hilang. Dia tak mahu bertanggungjawab. Akak cuba la contact kak Lia.”
“Kak Lia takde di sini…dia sekarang stay di luar negara dengan family dia.”
Lama Melisa memikirkannya. Apa yang perlu dilakukannya. Tak mungkin dia akan minta adiknya gugurkan sahaja kandungan itu…bayi dalam kandungan itu tidak berdosa.
“Bawa Eny ikut kita ke Paris je Mel..”abang Ejaz yang diam mula menyelah.
“Apa kita nak beritahu ibu dan ayah…?”
“Pandai-pandai Melisa la yang tu. Lagipun kita takda anak… apa kata kita ambil anak yaa sebagai anak kita…”lama renungan itu. Betul juga. Lagipun sudah 8 tahun berkahwin sampai sekarang mereka tidak dikurniakan anak. Masih belum ada rezeki.
“Sekarang ikut plan abang Ejaz…Kau boleh ikut akak balik Paris. Akak tak mahu ibu dan ayah tahu semua ni. Kau sendiri tahukan ayah ada sakit jantung. Akak tak mahu ambil apa-apa risiko untuk ceritakan pada ayah. Aku hanya menganggukkan kepala tanda setuju.
“Mama Yaa…”aku tersentak bila Adam memanggilku. Perlahan aku mengusap rambut Adam…rupanya memang iras-iras mukaku…cuma hidungnya sedikit mancung seperti ayahnya yang ke mana menghilang.
“Kenapa sayang…?”
 “Adam nak susu…”
“Ok..mama buatkan ye…sayang anak mama sorang ni…”sepatutnya dari dulu lagi aku seharusnya menjaga Adam. Nikmat seorang ibu kian terasa, walaupun Adam sudah berusia 4 tahun. Kini aku sendiri merasainya walaupun pada mulanya begitu berat sekali untuk aku terima kehadiran Adam. Seperti biasa kini aku kembali pulang bekerja setelah seminggu lebih juga aku bercuti. Rasa malas pula aku nak bekerja. Asyik terfikirkan Adam je. Apa yang dia lakukan. Sudah bangun tidur ke dia..sudah minum susu ke belum…sudah makan ke belum…haish…seronok juga jadi seorang ibu…
“Heh…mengelamun jauh!!!”sergah Asrol teman sepejabatku. Asrol memang begini, suka sangat sergah aku begitu. Kalau aku sakit jantung mahu je aku pengsan. Tak guna punya kawan.
“Kau ni Ish…suka sangat buat macam tu dekat aku…”
“Ala…relax la bro…”
“Banyak la kau bro..aku ni perempuan sejati tau. Buta la kau ni…aku pakai tudung litup gini pun kau panggil aku bro…”
“Ops…tersilap sudah!!!”
“Yaa..selama kau cuti lama ni..aku rindu la pula pada kau. Kau tak rindukan aku ke?” 
Asrol duduk rapat dimeja sambil sebelah kakinya dihayun perlahan.
“Hah!!! Tak kuasa aku nak rindukan kau..”
“Takpe…nanti aku takde baru kau nak rindukan aku….tengok la nanti…”gurau Asrol lagi.
“Merepek je kau ni…suka main-main soal ni…”
“Kalau betul pun apa salahnya kan? Kau single dan aku pun masih bujang…” Lama aku renung Asrol. Betul ke dia ni. Selalu sangat sakat aku tentang soal hubungan kami. Dia sukakan aku ke? Kalau betul pun…aku tak boleh…aku tidak layak untuk Asrol. Bagiku dia seorang lelaki yang cukup baik. Cukuplah dia jadi sahabat terbaik aku. Mungkin itu yang terbaik.
Tiba-tiba suasana diam tadi bertukar gelak-ketawa dari Asrol, begitu terbahak-bahak tawanya. Membuatkan aku betul-betul hairan. Memang sah dia nak kenakan aku lagi. Nak mainkan perasaan aku…
“Kau percaya?”tanya Asrol sambil senyuman kelat dibibirnya.
“Aku tahu sangat kau. Aku takkan percaya la cakap kau. Hari-hari cakap benda yang sama je. Dah takde ayat lain…”aku menjeling tajam. Menyampah aku. Suka buat aku malu….”Pergi la balik bilik kau…aku ada banyak keja nak buat. Buang masa aku je layan kau….”
“Ok…manis juga kalau kau marah…ni yang membuatkan aku bertambah suka…”
Aku menjegilkan mataku. Dengan menarik muka tidak senang. Sekali jelingan maut aku lemparkan. 
Asrol membalas dengan senyuman dan dikenyitkan matanya kepadaku. Perlahan pintu ditutup dan kembali terbuka…
“Apa lagi Ish?!!!”
“Aku lupa…ada bunga untuk kau…”
Asrol menghulurkan sejambak bunga mawar merah kepadaku. Kucuba membelek-belek, mana tahu ada tertulis nama pengirim bunga. Cuma ada tertulis…. 
ENY sweet..
I miss u
Kucium bunga yang diberi itu…hmmm wangi. Tapi siapa yang berikan kepada aku…takkan mamat depan aku ni…
“Kau yang bagi ye?”
“Eh..not me ok. Tak kuasa aku nak bagi bunga pada kau…takde feel langsung.. dari aku bagi bunga pada kau baik aku tabur di kubur nenek aku…” 
Asrolterus keluar dari bilikku. Sekali lagi dia mengeyitkan mata kepada ku… kali ini aku balas dengan isyarat penumbuk kepadanya.
Arh…siapa yang bagi agaknya. Tak tertulis pula namanya. Saje nak bermain teka-teki dengan aku…
Aku tersenyum sendiri bila teringatkan keletah Adam Kelakar. Dia betul-betul membuatkanku terhibur. Memang comel.
Aku sudah janji dengan diriku…walaupun apa yang berlaku selepas ini aku akan tetap terus menjaga Adam anak kecilku. Aku sanggup korbankan kebahagiaanku demi dia.
“Dah nak balik…jom I hantarkan?”
Kereta BMW berhenti dihadapanku. Seorang lelaki berkaca mata hitam membuka sedikit cermin. Aku tak berapa cam sangat mukanya. Tapi suara tu aku kenal je. Itu suara Adib…apa yang dia buat disini. Tiba-tiba darahku bagai naik menyelinap hingga ke kepala.
“Terima kasih…I tak boleh…I tak kenal u…”aku cuba mengelak…aku buat seolah-olah aku tidak pernah mengenalinya.
Lelaki itu keluar dari kereta dan menghampiriku. Kini dia berada dihadapanku….berdegup kencang lagi jantung aku dibuatnya.
Dia membuka cermin mata hitam yang terlekap diwajahnya. Aku sedikit pun tak terkejut. Aku memang sudah tahu itu Adib…tak suprise langsung la Adib…
“U tak kenal I… I Adib…”
“Adib mana ye? Maaf la, I rasa u salah orang…”aku cuba berdalih.
“I tahu u masih marahkan I Eny…”
“Hey…for what? I bukan Eny ..jadi lupakan saja” Aku terus melangkah. Malas aku hendak berhadapan lelaki yang tidak guna ini.
“Kenapa ? I tahu u Eny…”
“Tak!!!”aku menyentap tanganku kuat bila Adib menarik tanganku.
“Habis tu…name tag yang tergantung dileher u tu… ZARITH RAZAK…”
Aku terlupa pula. Aku terlupa nak simpan dalam beg. Selalunya aku akan gantung dicermin pandang belakang keretaku. Memandangkan kereta aku diservis terpaksa la aku naik teksi…
“Eny ...please forgive me!!!”rayu Adib. Dia menarik kedua belah tanganku dan direnung mataku..
“Sudahla Adib…I dah letih dengan u… I dah lupakan semua tu..”
“Jadi u dah maafkan I?”
“Please la Adib. Perkara tu dah lama berlalu. Dah 4 tahun lebih u tinggalkan I. Sekarang kenapa u datang pada I balik…”
“Sebab I rasa bersalah dengan u Eny . I rasa berdosa dengan u. Izinkan I tebus balik dosa I.”
“Cukup…I tak mahu…!!! I tak mahu tengok muka u di sini lagi…u pergi!!!”
“Please Eny…jangan buat I macam ni…”
“Pergi la Adib…”
Sekali lagi aku menyentap kedua-dua belah tanganku dari terus dipegang Adib. Aku takkan biarkan lagi tangan itu menyentuh aku. Aku benci pada kau Adib….Aku benci!!!! Entah kenapa tiba-tiba aku rasa sebak…tidak…tidak…aku tidak boleh jatuhkan airmata aku dihadapan lelaki durjana ni. Bangun Eny….jangan tunduk dengan kata-kata Adib.
“Eny…”Asrol menghampiri aku. Lantas aku memeluk Asrol. Jatuh juga airmata aku di dalam pelukan Asrol . Aku menolak perlahan badan itu…malu mula menyelinap ke wajahku…kenapa pula aku peluk Asrol . Aku lepaskan pelukan itu tetapi aku masih disisi Asrol . Aku memegang kuat lengan Asrol . Mungkin ini selamat untuk aku…
“Eny…please…”
“Sudah la Adib. I dah bertunang pun. Ini tunang I Asrol…”semakin erat kurangkul lengan Asrol. Laju aku mengelap airmataku ini. Entah kenapa ia perlu jatuh lagi gara-gara kau Adib. Tak mungkin perasaan cinta itu ada lagi…tak mungkin…. Sudah lama aku buang kenangan cinta kita. Sudah lama aku hapuskan semuanya.
Aku melihat Adib berlalu…keretanya terus meluncur laju…aku terasa sedikit lega bila kelibat keretanya terus jauh dari pandangan mataku.
“Eheemm….sampai bila kau nak rangkul tangan tunang kau ni…?” Asrol  mula dah nak kenakan aku. Cepat-cepat aku lepaskan pegangan itu. Malunya aku…
“Sorry Ish…aku gunakan kau tadi…”aku cuba menutup rasa maluku.
“Kalau betul pun apa salahnya….”
Aku tertunduk malu. Malunya aku…terkena pula aku.
“Kereta kau mana?”
“Servis…agaknya dah siap kot..”
“Jom aku hantarkan..sekurang-kurangnya tak risau sangat aku fikirkan kau…nanti terlepas aku…”
“Apa?”tanya ku sekali lagi. Kurang jelas dengan sebutan Asrol. Terlalu berbisik hujung-hujung ayatnya.
“Tak de apa-apa la. Pekak la kau ni. Balik nanti korek telinga ye…dah bersarang agaknya…”
Aku menyebikkan mulutku. Menyampah betul la dia ni…boleh dia ketawakan aku pula…eeee teruk betul la kau Asrol…boleh kau gelakkan aku….
Hari ini Asrol akan datang jemput aku pergi kerja memandangkan kereta aku tidak sempat diservis lagi. Katanya terlalu banyak kereta yang datang service…tak sempat… Ala…semuanya alasan…terpaksa aku meyusahkan Asrol sekali lagi….ambil Adam dan hantar Adam esok pagi. Lagipun dia dah orang semawa…aku serkap je la. Lagipun aku dah kenal sangat dengan Asrol…
Kehadiran Adam sejak seminggu ni pun Asrol  tahu…semuanya aku ceritakan kepada Asrol cuma kebenaran Adam adalah anak kandungku sendiri tidakku ceritakan. Aku tidak mahu buka pekung didada. Biarlah ia menjadi rahsia.
“Hello…baby boy Adam…” Asrol menyapa Adam.
“Assalamualaikum…uncle..”selamba je Adam memberi salam. Tergelak aku dibuatnya. Itulah kau Asrol …anak kecil ni pun pandai beri salam…kita ni orang Islam…kan lebih afdal memberi salam bila berjumpa. Bukannya negara orang puteh…nak berhello…hello…hahaha…kena kau Asrol  dengan budak kecil ni….
“Senyum-senyum pula…”
“Eh…kau tak jawab lagi salam…”
“Waalaikumsallam….”tajam Asrol menjeling ke arahku…Aku masih tertawa kecil. Diperbetulkan sedikit tudung yang melitup rambutku bila ia sedikit terselak menampakkan rambutku yang lurus. Harap-harap Asrol tak perasan.
Kereta terus meluncur laju dari kawasan perumahan Pekaka. Sebelum ke pejabat kami singgah ke rumah akak Yun sepupuku untuk tinggalkan Adam . Sewaktu aku keluar bekerja aku tinggalkan Adam disana. Aku kurang yakin hendak hantar ditempat lain. Dibawah jagaan kak Yun aku yakin Adam akan selamat, kerana aku tahu kak Yun memang seorang yang bertanggungjawab.
“Bye..sayang… kiss mama dulu…”
“Mmmuaaahhh…” Adam mencium pipiku.
“Mama je…papa?”uish….Asrol ni nak kena ni…terlebih la pulak…
“Papa?”berkerut dahi anak kecil itu.
“Ye la…ini mama…ini papa…cepat kiss” Adam mencium pipi Asrol pula. “Ok..papa dan mama pergi dulu ye…bye!!!” Asrol melambaikan tangan ke arah Adam . Tiba-tiba dia berpatah balik ke arah Adam. Satu kucupan singgah di dahi anak kecil itu. Wah….so sweet…
cuma nak kiss je…alahai…ini yang membuatkan jantung aku nak luruh….
Sekali lagi kereta itu meluncur laju…akhirnya sampai juga. Aku lebih cepat keluar dari kereta…belum sempat kereta itu berhenti aku sudah pun membuka pintu….
“Wo..wo..woooo…nak mati ke?”
“Aku nak cepat la..Kan ada meeting…”
“Cancle la beb…esok pagi…”ye la…aku lupa. Aku menepuk dahiku. Nasib baikla tak jadi apa-apa..huhuu…macam nak jadi pelakon aksi pula…aku tersenyum sendiri lagi.
“Itu je la keja kau…berangan…senyum sorang-sorang…”
“Aku punya suka la…”
Aku terus melangkah kaki menuju kebilikku. Mejaku masih belum ku kemas semalam. Aku begitu kalut hingga segala kertas-kertas kerja bertaburan berselerak dimeja. Aku takut terlewat menjemput Adam. Bukannya apa…rindu….
Sejambak bunga mawar putih pula terletak kemas di mejaku. Aku membelek sekali lagi…mana tahu kali ini ada tertulis nama pengirimnya. Ermmm…takde.
‘Morning sweet..
Mawar putih kutitipkan sebagai ganti diri,
menandakan kesucian dihati ini
Untuk terus memilikimu…’
Amboi…ada perkembangan juga hari ni…ye la…ayat tu panjang sikit. Siapa agaknya yang berikan bunga ni..buat aku tertanya-tanya je…
‘Trittttt….triittttt….’
“Hello…”
“Eny…”
“Siapa ni?”Aku kurang cam suara di talian itu.
“U dah dapat bunga dari I?”
“Siapa ni?”
“I Adib…u dah terima bunga dari I..?”
“Bunga apa…? Jadi bunga mawar putih ni dari u…”
“Eh..bukan la…I hantar bunga mawar kuning…”kuning? Jadi ini dari siapa?
“Entah la…takde.. mana u dapat nomber fon I.?”berkerut dahi aku berfikir. Rasanya aku tak pernah pun berikan kepada sesiapa…
“Dari mana itu tak penting…”
“Ok la…i ada banyak kerja…bye…”aku terus mematikan talian. Malas hendak layan panggilan Adib lagi. Aku membelek telefon. Aku savekan nomber telefonnya nak meletakkan nada silent. Biar bunyi berkali sekali pun aku tak perlu nak sibuk-sibuk terangkat.
Aku mencium wangian mawar putih itu. Siapa sebenarnya pengirimnya.? Kenapala suka buat aku tertanya…terus terangkan senang…
Pintu bilikku dikuak. Ini mesti Asrol…dia kalau masuk bilik aku memang tak reti nak ketuk pintu dulu. Aku meletakkan mawar putih itu kembali di meja dan aku berpura-pura mengemas mejaku yang berselerak.
“Mawar kuning…” Asrol menghulurkan kepada ku….
“Tak nak…kau ambil je…aku tak minat…”
“Aku tahu la..bunga kau dah banyak…ambik ni. Tengok la siapa pengirimnya…”
“Aku dah tahu…sebab tu la aku tak nak…”
Asrol merenungku tajam. Berkerut dahinya.
“Apa pandang-pandang…nak penampar?”
“Amboi…patut la takde sape nak pada kau. Garang…”
“Kau ni Ish…memang saje…kau ingat aku tak laku…Ni semua ni bukti aku ni masih hangat dipasaran tau…”balasku. Kusambar mawar kuning ditangan Darwish dan ku letak bersebelahan mawar putih tadi. Geramnya aku…
Aku menyebik ke arah Asrol . Kali ini aku bangun dan buka pintu.
“Silakan keluar encik Asrol…saya banyak kerja lagi nak buat….”
“Terima kasih sweet…”
Satu kenyikan mata diberi. Terukir senyuman di wajahnya. Boleh tahan juga Asrol ni…walaupun tak sekacak Adib…macho tetap ada…ala-ala Adi Putra  gitu.
Aku kembali tempatku dan ku ambil mawar putih dan kuletakkan di dalam pasu yang masih kosong. Entah kenapa aku rasakan mawar putih itu sungguh bermakna buatku. Bagaikan ada satu tarikan magnet. Mawar kuning pula ku buang ke dalam tong sampah yang masih kosong. Memang itu tempat yang selayaknya.
“mengapa kau pergi….mengapa kau pergi
disaat aku mulai mencintaimu”lagu dadali ‘Disaat aku mencintaimu’ bermain dicorong radio. Intronya sudah pun membuatkanku terbuai…
berharap engkau jadi kekasih hatiku
malah kau pergi jauh dariku…
menyendiri lagi…menyendiri lagi…
disaat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Disaat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu, datang temui aku..
Asrol mengikut bait-bait lagu itu kuat. Boleh tahan juga suaranya sedap. Boleh buat album…sebiji suara Shahir…
“Kan ku katakan padamu,AKU SANGAT MENCINTAI DIRIMU…
Aku inginkan dirimu datang menemui aku..
DAN KATA AKU SANGAT MENCINTAIMU….
Begitu leka Asrol menyanyi. Begitu dengan penuh perasaan. Tidak sedikit pun dia pedulikan aku disebelahnya. Alangkah indahnya jika lagu itu memang dituju khas kepadaku…
Dia memalingkan kearahku sambil mengikut bait-bait seterusnya…
semoga engkau kan mengerti,tentang perasaan ini,
Maaf ku telah terbuai,akan indahnya cinta,
Maaf sungguhku tak bisa…..
“Sudah la…aku tahu la suara kau tu sedap…”
Asrol tidak mempedulikan kata-kataku. Dia terus ulang lirik lagu itu….
Kan ku katakan padamu,AKU SANGAT MENCINTAI DIRIMU…
Aku inginkan dirimu datang menemui aku..
DAN KATA AKU SANGAT MENCINTAIMU….
“Hah…dah puas nyanyi…”tanyaku bila lagu itu tamat.
“Puas..puas sangat-sangat….”balas Asrol .
 Asrol menjeling ke arahku…Ada-ada je kau Asrol.
Aku minta Asrol hantarkan aku ke bengkel kereta. Kereta aku sudah siap diservice. Selepas ini tak perlu lagi Asrol susah-susah ambil dan hantar aku balik. Aku pun tak suka susahkan sesiapa.
“Mama….”
“Ye sayang…”
“Mana papa?”
Pertanyaan yang tak disangka-sangka itu keluar dari mulut Adam . Papa? Tentu dia maksudkan Asrol…apa aku nak jawab.
“Mama….kenapa mama balik sorang je…papa mana?”
Kak Yun tersenyum mendengar pertanyaan Adam .
“Akak tak tahu…dari tadi dia asyik tanyakan papa baru dia….”
“Ye ke kak…?”
“Kau kahwin je dengan Asrol tu…sampai bila kau nak membujang…umur pun dah 28tahun…jangan jadi andartu sudah…”
“Muda lagi kak…”
“Adam mesti nak kasih sayang seorang ayah…kalau kau dia panggil mama, tak salah kalau kau carikan papa untuk Adam…akak tengok Asrol tu sesuai sangat dengan kau Eny…”
“Hmmm…nantilah saya fikir tentang tu kak. Orang tak pernah kata apa pada Yaya…takkan Eny terhegeh-hegeh nak beritahu pada dia….yang Eny sukakan dia…”
“Haaa…jadi betul la kau sukakan Asrol…?”kak Yun sengaja nak perangkap aku. Saja nak tahu apa yang tersembunyi dihatiku ini. Memang aku akui, perasaan itu memang ada…tapi aku tidak mahu mengharap. Aku takut nanti aku sendiri akan terluka dengan harapanku ini. Lagipun banyak sangat rahsia yang perlu aku jaga. Tentang Adam tentang diriku yang pernah ternoda…segalanya sentiasa ada difikiranku.
Memandangkan hari ini adalah hari minggu, aku ambil keputusan untuk bawa Adam pergi membeli-belah….Aku nak belikan baju baru, mainan dan macam-macam lagi untuk Adam. Aku akan buat Adam gembira.
“Mama…kenapa papa tak ikut?”
“Papa kerja sayang…”balasku… baru dua kali jumpa Asrol takkan dah rindu…haisshhh…ada-ada je sayang mama sorang ni…
Aku membelek-belek baju untuk Adam…memang cantik. Semuanya cantik-cantik belaka. Susah betul nak buat keputusan. Aku pusing ke belakang ingin ukurkan di badan Adam. Adam…ke mana pula . Aku terus mencari-cari Adam. Ke mana Adam menghilang. Seluruh kedai aku pusing mencari Adam namun kelibatnya sedikit pun tiada. Ya Allah…ke mana anakku menghilang…hatiku sebagai laju berkencang…Risaukan Adam . Perasaan aku semakin berdebar-debar…semuanya bercampur aduk.
Airmataku mula mengalir….
“Mama.!!!”Adam melambaikan tangan. Dia digendong oleh seseorang. Dan lelaki yang mengendong Adam adalah Adib. Dadaku makin berlagu kencang…itulah papa Adam…
“Adam pergi mana sayang…mama risau betul…”aku memeluk Adam. Kucium berkali-kali anakku.
“Eny…Adam ni anak kita ke?”soalan itu keluar dari mulut Adib.
“Bukan!!!”
“Habis tu kenapa dia panggil u mama?” Adib masih lagi belum puas dengan jawapanku.
“Adam memang anak I. Anak kak Melisa. I yang jaga dia selepas kak Melisa meninggal 2minggu lepas…”
“Tipu…u tipu I. I yakin Adam anak I. Wajah Adam iras sangat dengan muka u Eny…tak macam kak Melisa…memang jauh beza…”
Aku mendukung Adam. Membawanya pergi jauh dari Adib. Semakin laju langkah ku atur. Adib masih mengejarku sehingga ke parkir kereta.
“Eny…please…terus-terang dengan I. Adam ni anak kitakan?”
“Tak…”
“Ok…fine. I akan buat ujian DNA untuk pastikan kesahihannya.”
“U ni kenapa Adib…tak habis-habis nak susahkan I. Sudah la u tinggalkan sorang-sorang dulu. I minta u bertanggungjawab dengan semua tu…u suruh I gugurkan anak kecil ni. Macam tu u nak suruh I mengaku Adam ni anak u… Masa I perlukan u…mana u pergi hilangkan diri. I sorang-sorang tanggung semua ni bagaikan orang gila…mujur ada kak Melisa. Terpaksa menyorok hingga ke luar negara gara-gara nak tutup malu…pernah u fikir sebelum ni?” laju airmatanyaku mengalir.
“I betul-betul minta maaf Eny …I betul-betul dah menyesal. Kita mulakan hidup baru…u jadi isteri I…u mahukan?”lama kurenung Adib. Kenapa dulu kata-kata itu tidak keluar dari mulutnya. Kenapa baru sekarang. Semuanya sudah terlewat…
“Maaf…I tak boleh. Sebab I dah bertunang…”aku berdalih. Aku ingatkan Asrol . Aku pernah mengaku Asrol sebagai tunangku…jadi tidak salah aku mengakuinya lagi…
“I minta…tolong jangan ganggu hidup kami lagi Adib…. I merayu sangat. Kalau betul u nak tebus kesalahan u…tolonglah izinkan I bahagia dengan kebahagiaan I sekarang…”
Adib mengeluh panjang. Dia akur juga dengan keputusanku. Perlahan dia menganggukkan kepalanya. Tidak guna lagi dia memaksa aku…kerana hatiku sudah bukan miliknya lagi. Perasaan ku ini tidak boleh kusangkal lagi…memang ia telah diisi seseorang yang cukup bermakna buatku….
“Aku tak kisah…masing-masing ada kisah tersendiri. Aku terima kau seadanya… Kau mahu jadi isteri aku tak?”aku menganggukkan kepalaku. Begitu ringan kepalaku mengangguk.
Tiba-tiba suara deraian tawa Asrol begitu kuat sekali. Aku kembali terpaku. Terkena lagi aku. Perlahan aku menelan air liur. Tersentap dengan perbuatan Asrol. Aku tidak sangka dia mainkan perasaanku lagi…aku sangka dia betul-betul serius.
“Kau ingat aku nak sangat jadikan kau isteri aku. Kau memang tak layak untuk aku.” balas Asrol . Begitu serius sekali wajahnya. Dia hanya membuatku terkaku. Laju air mataku mengalir. Begitu sakitnya hatiku kini…dipermainkan begini…
“Aku sedar Ish…tapi tak perlulah kau sendakan aku sampai begini. Aku pun ada perasaan…”
“Iye?”
“Aku bencikan kau Ish…”aku menepuk dada Eny berkali-kali.
“Tapi…aku cintakan kau ENY…. I love u…”
“Jangan mainkan perasaan aku lagi…aku sedar siapa aku…aku memang tak layak untuk kau…” Asrol gelabah dengan sikapku. Berderai airmatku laju. Begitu kuat sekali esakan ku. Dia rapat menghampiriku…ditarik wajahku. Mataku kini betul-betul bertentang dengan matanya….makin kencang dadaku ini..
“Maafkan aku Eny …aku sikit pun takde niat nak buat kau sedih…tapi tolong la percaya….kata-kata aku tadi memang betul…aku betul-betul nak kau jadi isteri aku…” Asrol memegang jemariku dan disarungkan sebentuk cincin ke jari manisku.
“ENY…aku nak kau tahu…dah lama aku sukakan kau…berkali aku ucapkan kepada kau…tapi kau tak percaya… Lagu yang aku nyanyikan hari tu memang aku tujukan khas untuk kau…dan semua bunga mawar tu pemberian aku…cuma mawar kuning tu je bukan dari aku…”satu kenyikan mata diberikan dengan satu senyuman yang begitu memikat. Perlahan aku mencubit lengan Asrol…ada-ada je… Jadi selama ini bunga yang kuterima rupanya dari kau Asrol. Patutlah bagaikan ada tarikan untuk aku terus simpan mawar pemberian kau.
Aku janji aku akan terus menjadi yang terbaik…dan aku harap hubungan kami akan terus berbunga mekar dan kekal selama-lamanya…..dan aku berharap kisah silamku tidak akan terulang…..

 
CERITA INI SAYA HANYA COPY N PASTE JE DARI BLOG BUDAK NI CAPITAL F WORLD
SAYA JUST TUKAR NAMA JE 




                    corat coret eny abd rahman


















Older Post | Newer Post
♡ Disclaimer ♡


Hye and Assalamualaikum. Eny here ♥ Have visited my blog don't forget to follow okay. Please respect my blog. One more thing, please don't be a copycat! Im only ordinary person. Thank You ^_^


Navigations!

Diary Nur Enysafiha I Love You




Speech!


What you did, you get back. What goes around comes around :)

anie